
Alhamdulillah, hari ni rasa lega sikit. Baru-baru ini saya agak sibuk atas urusan study, jika anda membaca entri saya sebelum ini anda pasti tahu yang saya disemester akhir UiTM dalam jurusan pengurusan perniagaan (pemasaran). Hari ini akhirnya saya berjaya juga menghantar thesis yang mengganggu kehidupan saya beberapa bulan kebelakangan ini hehe. Syukur.
Baru-baru ini ketika sedang sibuk menyiapkan thesis dan juga belajar untuk peperiksaan akhir saya telah mendapat “surat cinta” dari Google. Pada mulanya agak hairan kerana dah lama sangat saya tak menerima apa-apa surat dari Google. Selalunya Clickbank yang suka hantar surat kepada saya sebab memang saya aktif mempromosikan produk mereka.
Ketika menerima surat tersebut saya lihat di sampul surat itu tertulis, “P.O. BOX 4037 Buffalo, NY” dan cop surat tersebut adalah dari Sweden. Tiada pun logo Google pada sampul atau apa-apa maklumat yang mengaitkan dengan Google. Apabila saya buka surat tersebut, barulah saya lihat check Google tesergam indah (lihat gambar bawah).

“Assalamualaikum, lama tak nampak?” Sebenarnya soalan ini ditujukan kepada saya sendiri. Semester ini terbukti menjadi semester yang paling getir buat saya. Dengan thesis saya yang masih “dalam proses” dan subjek lain yang turut sama memberikan seribu satu cabaran, ianya benar-benar mencuri sedikit masa saya dalam berbisnes. Blog ini pun sudah berapa lama tidak terusik, memaksa saya menulis entri ini walaupun pendek.











